KTM atau MRT?

Assalamualaikum guys Dan para blogger semua...... Sudah lama aku x buat entry di blog. Baru ada sedikit kesempatan. Hari ni aku nak share pengalaman sepanjang perjalanan aku nak pergi ke KTM Kajang. Tujuannya nak ke KL Sentral menggunakan KTM. Aku rasa seronok sekali sekala pergi jauh naik train. Ini plak time PKPB (PANDEMIC COVID). Tapi actually aku still blur2 nak naik KTM ni. Macam kelakar kerja kat Kajang ni sudah 15 tahun tapi masih x tahu nak naik KTM.

Macam biasa aku bergerak dari ofis ke KTM KAJANG naik kereta. Aku park kereta di tingkat 3. Aku pun pergi menuju lift untuk ke kaunter ticket. Tapi sebenarnya tak perlu pun naik lif....Beriya aku naik lift hahaha.... Aku cuma perlu lalu di jambatan terus yang menghubungkan antara parkir dan stesyen KTM. Giler... memang blurrr sangat dan dicampur sedikit dengan perasan kerisauan.....mau tak ya tempat parkir kereta pun tiada orang. Semoga Allah lindungi aku aminnnn.....

Ticket parkir kereta kat KTM Kajang ni RM5 PERDAY. Memang macam biasala mulut aku yang ramah ni. Semua orang aku akan bertanya camne nak pergi ke kaunter ktm?, then KTM yang nak ke KL Sentral naik platform mana? Platform 2 okey kalau nak ke Kajang Sentral. Tiba2 kaunter Tanya aku naik KTM ke MRT???......
Ha sudah. Hahhahahaha. 

Lagi la blurr aku dibuatnya....... Ooo rupanya lain MRT Dan KTM. Hampir 10 minit aku menunggu KTM.OK geng now aku dah naik train.
Memang sah wei tak ramai orang. Dan masing2 amalkan distancing social serta pakai mask. Huh... Nasib baik aku hantar sendiri order yg dipesan oleh "somebody" ni. Aku tak harap Pos Laju. Risau owner memekak lambat plak.
 
Banyak Lagi destinasi tu. Kata passenger lebih kurang 1 jam baru sampai Kl Sentral. Aku pun tak sure. Aku naik train jam 9.50 am @ 18.5.2020. 

Ini sahaja lah yg aku nak kongsi. Kalau rasa entry aku menarik boleh comment, share, follow. 

Aku tak sempat lagi nak search apa PERBEZAAN antara KTM Dan MRT. Ok guys nanti aku akan sambung entry ini untuk next episode. Sekarang ni aku nak fokus dengan KTM ni. Doakan aku selamat sampai ke destinasi orait. Adios.



Comments

Popular posts from this blog

MRT cantik sangat!!