MRT cantik sangat!!

Assalamualaikum guys Dan para bloggers semua..... 

This is what? Aku berada di MRT KL Sentral. Ini adalah sambungan entryku yang lepas. Perjalanan aku ke KL Sentral naik KTM. Memang cantik sangat sekitar MRT ini. Ini adalah 1st time aku di MRT KL Sentral.

Terima kasih kepada customerku yang beli tab dariku. Alhamdulillah akhir ya die dah receive tab. Belikan tab untuk siapa. Oh untuk anak ya. Untuk belajar online. Mudah2an Allah permudahkan anaknya belajar dengan tabku. Kadang2 aku terpikir aku beli tab then aku jual balik. Allah nak sampaikan rezki anaknya melalui aku mungkin. Harap tab itu dijaga dengan baik oleh anaknya dan anaknya mendapat faedah darinya. Opss tapi jangan salah guna😜.

Oh berbalik perjalanan ku dengan menaiki MRT. Aku nak share sedikit perasaan ku hendak balik ke KAJANG. Tempoh masa perjalanan yang diambil agak lama juga. Mungkin kerana KAJANG daerah yang agak jauh. Masih lagi during PKPB Pandemic COVID. Masih lagi distancing social and anywhere everybody using mask. Memang lengang sangat dalam MRT ni. 

OK


Memang cantik sangat MRT ni, laju dan yang pastinya aircondnya sangat sejuk berbanding KTM. Aku naik MRT jam 11.52 am @18.5.2020. Masa untuk aku tunggu MRT sampai xdela lama sangat. Sekejap je x sampai 3 saat tetiba MRT dah sampai. Cuma jauh lah.... Aku kena turun 3 tangga ekskletor dari kaunter Pertanyaan di KL Sentral tadi. Lebih kurang 5 minit juga berjalan. Lengang langsung tiada orang. Risau jugak jumpa bayang hitam atau putih. Hahahaha.... 



Design dalaman antara KTM Dan MRT sangat berbeza. MRT nampak lebih kemas dan segak. Seat pun lebih besar dan jarak 4 seat dijarakkan dengan 4 seat yang lain. Ruang yang sangat besar Dan terdapat tanda2 jarak distancing social. Yang paling aku suka is colour blue turqoise😍😍😍. 







Dari atas ni aku dapat lihat permandangan yg sangat cantik dan indah termasuk pokok2 yang menghijau dan juga bumbung2 bangunan baru serta yang uzur......hebat MRT.!!!





Okla guys itula entryku kali ini. Hanyala sekadar perkongsian jika ingin maklumat lanjut berkenaan MRT Dan KTM senang je layari website ya okey..... Bye...... Doakan perjalananku selamat pulang...... Adios.... 

Comments

Popular posts from this blog

KTM atau MRT?